Cerita Aku: After A Long Time...
Almost setahun aku tak jejakkan kaki di tanah Kelantan. Semua sebab sibuk punya pasal. Bila ayah aku cuti, kakak aku pula kerja, jadi siapa nak jaga anak dia? Makanya tahun ni memang tak ada langsung holiday. That why aku gunakan duit tabung tu untuk ke Langkawi trip dengan sekolah.
And finally, 7 Disember 2017 masa aku tengah syok berbaring sambil mengarang cerita 'Dhia Khaira' di Wattpad, ibu datang ketuk pintu. "Kemas barang, esok pagi kita balik Kelantan," Sejujurnya masa tu aku tak percaya sebab banyak kali diorang klentong aku kata nak balik kampung apa semua.
Ayah aku pula masuk bilik aku, "Cepatlah kemas. Lepas asar kejap lagi kita gerak," aku terus bangun keluar dari bilik. Nampak ayah dengan ibu dah kemas baju siap-siap letak dalam beg. Tiba-tiba otak aku tak berfungsi masa tu, "Kita nak pergi mana? Ni Firash macam mana?"
Ibu aku hulurkan beg packer, "Along dah on the way balik kerja. Lepas dia balik kita bertolak la,"
Aku capai beg terus aku kemas baju untuk empat hari tiga malam. Tepat pukul lima terus bergerak ke Pantai Timur after a long time cancel. Tiba-tiba rasa kesian dekat angah aku sebab dia dekat Johor sambung degree tak dapat ikut balik. Jadi selama tiga hari ni, aku terasa bagai jadi anak tunggal pula.
On the first day pagi-pagi tu ibu kejut ajak makan nasi berlauk dekat Kelaburan berhampiran hospital. Memang tujuan utama aku balik kampung sebab nak makan sahaja.
Kami singgah ke Pasar Tumpat. Tak lain dan tak bukan, aku nak cari makanan la!
Ada karipap RM2, apam telur RM1, kuih akok RM2.
Lepas tu, terus bergerak ke Pengkalan Kubor. Seperti yang aku kata, aku balik sebab nak makan je. Jadi aku tak beli apa-apa keperluan macam baju, seluar, tudung or apa-apa. Cuma makanan! Aku beli maggi siam, aku beli coklat Ritter Sport sebab aku kempunan gila coklat tu. Menyesal tak beli banyak-banyak time dekat Langkawi. Tapi aku still grab beg galas untuk pergi sekolah tahun depan.
Kemudian aku decide nak pergi Pantai Sri Tujoh sebab dah alang-alang aku ada dekat Tumpat. Kebetulan time tu hujan aku just beli ais krim yang dalam kelapa tu then makan dalam kereta.
Lepas dari tu, aku masuk dalam kereta dan aku tertidur sebab memang hobi aku tidur dalam kereta. Ayah aku pula suka masuk kampung-kampung nelayan. Tanpa aku sedar, dah pukul empat petang, kitorang ada dekat Pantai Cahaya Bulan. Makan minum lepak-lepas dulu, lepas tu kita pergi ke next destination.
Kemudian aku pergi ke Kota Bharu. Singgah makan malam dekat rumah mak cik aku. Alhamdulillah, air dicincang tidak akan putus. (Hahaha I know you understand what I mean).
Kebetulan masa on the way nak ke Kota Bharu kitorang lalu Pengkalan Chepa. Which is berhenti la sekejap dekat airport Sultan Petra tu. Ye la, bak kata orang Kelantan 'peghok' sebab tak pernah naik kapal terbang, jadi kebetulan time tu flight Air Asia nak berlepas. So tengoklah kejap.

Dekat tepi tu ada pintu gerbang ni ha. Sempatlah aku snap buat kenangan.
Maaflah video terbalik
Day 2: Lebih kurang pukul 10 aku siap-siap make up. Kitorang pergi Rantau Panjang. Ibu aku kata aku agak spoil sikitlah. Ibu dengan ayah aku bawa passport. Tapi aku memang tak ada passport. Kalau tak dah boleh masuk Siam kejap sebab aku rasa last aku masuk Sungai Golok lebih kurang 10 years ago. Masuk secara haram la kiranya, naik bot.
Ibu dengan ayah aku memang dah ada passport untuk pergi haji hari tu. Tapi tak ada rezekikan? It's okay. Kalau aku anak Kelantan bolehlah aku masuk bayar RM10 mak cik aku kata. Tapi masalahnya aku anak KL.
Balik dari Rantau Panjang kitorang terus ke Pasar Siti Khadijah. Actually aku plan nak pergi on the third day. Bagi aku kalau nak datang sini kene pergi pagi. Baru meriah, kuih-kuih yang jual semua penuh lagi.
Tapi aku pergi tengahari so dah tak banyak kuih. Aku berjalan dengan ibu aku dekat pasar ayah aku ke masjid untuk Solat Jumaat. So bila dah kata Solat Jumaat, banyak kedai tutup. Jadi makanan tak banyak sangatlah aku dapat tangkap.
Perut pun lapar, kitorang pergi makan dekat Nasi Kerabu Yati sebab alang-alang nak ke Kota Bharu. Jadi singgah la makan situ sebab Nasi Ulam Cikgu tutup hari jumaat. Kalau ikutkan nak makan dekat nasi ulam tu ha.
Aku tak nak cakap banyak dekat restoran nasi kerabu tu. Kalau dulu aku sangat suka makan dekat situ, tapi sekarang tak tahulah kenapa, mesra pekerja terhadapan pelanggan sudah tiada.
Kemudian aku tertidur lagi dalam kereta dan akhirnya aku terjaga di Pantai Bachok.
Lebih kurang dah jam enam petang, kitorang ingat nak terus balik ke Kota Bharu sebab rancangan malam ni nak tidir dekat rumah mak lang aku dekat Kubang Kerian. Tapi bila call dia kata dia lupa nak tinggal kunci rumah sebab dia keluar ke Tumpat. Jadinya kitorang geraklah ke Aeon.
After that, balik rumah and tidur terus!
Day 3: Tak ada apa yang menarik. Pukul lapan macam tu kitorang bergerak balik ke KL. Tapi sebelum tu kitorang singgah ke Tumpat sebab kakak aku last minute cakap dia nak asam jawa yang dalam plastik warna warni tu. Lepas tu dah alang-alang aku beli la apam telur dengan karipap tu lagi. HAHAHA
Sepanjang tiga hari dekat sana, finally! Aku jumpa nasi ghomok! Ya Allah rasa nak sujud syukur je time tu tau!
Kitorang terus bergerak balik ke Kuala Lumpur. Itujelah cerita yang aku nak cerita sebanarnya. Memang tak dapat apa-apa input pun. Saja nak share cerita *acah-acah macam banyak followers*

Tiap kali datang sini, aku wajib beli cucuk-cucuk.
Aku ada request dekat ibu nak makan nasi ghomok. Tapi dia sendiri tak tau dekat mana nak cari. Dekat RP tak ada orang jual dan aku hampa monyok seribu batu.
Balik dari Rantau Panjang kitorang terus ke Pasar Siti Khadijah. Actually aku plan nak pergi on the third day. Bagi aku kalau nak datang sini kene pergi pagi. Baru meriah, kuih-kuih yang jual semua penuh lagi.
Tapi aku pergi tengahari so dah tak banyak kuih. Aku berjalan dengan ibu aku dekat pasar ayah aku ke masjid untuk Solat Jumaat. So bila dah kata Solat Jumaat, banyak kedai tutup. Jadi makanan tak banyak sangatlah aku dapat tangkap.
See? Dah tak ada pengunjung dah!
Perut pun lapar, kitorang pergi makan dekat Nasi Kerabu Yati sebab alang-alang nak ke Kota Bharu. Jadi singgah la makan situ sebab Nasi Ulam Cikgu tutup hari jumaat. Kalau ikutkan nak makan dekat nasi ulam tu ha.
Aku tak nak cakap banyak dekat restoran nasi kerabu tu. Kalau dulu aku sangat suka makan dekat situ, tapi sekarang tak tahulah kenapa, mesra pekerja terhadapan pelanggan sudah tiada.
Kemudian aku tertidur lagi dalam kereta dan akhirnya aku terjaga di Pantai Bachok.
Ayah aku dah lama tak tunjuk skil memancing. Jadinya tak dapat apa-apa pun.
Lebih kurang dah jam enam petang, kitorang ingat nak terus balik ke Kota Bharu sebab rancangan malam ni nak tidir dekat rumah mak lang aku dekat Kubang Kerian. Tapi bila call dia kata dia lupa nak tinggal kunci rumah sebab dia keluar ke Tumpat. Jadinya kitorang geraklah ke Aeon.
After that, balik rumah and tidur terus!
Day 3: Tak ada apa yang menarik. Pukul lapan macam tu kitorang bergerak balik ke KL. Tapi sebelum tu kitorang singgah ke Tumpat sebab kakak aku last minute cakap dia nak asam jawa yang dalam plastik warna warni tu. Lepas tu dah alang-alang aku beli la apam telur dengan karipap tu lagi. HAHAHA
Sepanjang tiga hari dekat sana, finally! Aku jumpa nasi ghomok! Ya Allah rasa nak sujud syukur je time tu tau!
Kitorang terus bergerak balik ke Kuala Lumpur. Itujelah cerita yang aku nak cerita sebanarnya. Memang tak dapat apa-apa input pun. Saja nak share cerita *acah-acah macam banyak followers*
Comments
Post a Comment