Cerita Aku: So many thing want to buy!!

Assalamualaikum,

Aku tak tau kenapa, nafsu aku nak membeli semakin berleluasa! Sampaikan tabung pun aku korek juga! Apa nak jadi tak tau laaa, penat cek duk pikiaq!

FURAIHA SKINCARE TRIAL SET
Dah lama dah nak beli. Nak beli Set Premium tak mampu. Jadi kita beli la yang trial punya. FURAIHA is a local skincare yang memang aku percaya sejak aku jadi dropship lagi. Time aku pakai sabun dia sangat-sangat la best. Teringin juga la nak try 1 set terus. Jadinya, aku pun COD dengan agent yang ada dekat Batu Caves ni.

Banyak betul halangan nak COD dengan dia. Dia ni cikgu, lepas tu dia duduk dekat area sekolah aku. Jadinya in first plan aku transfer lepas tu dia letak dekat guide sekolah. Lepas tu dia cakap dia nak COD sebab dia nak pergi Giant. Aku on je. Sekali aku tertido petang tu! Ya Allah. The end dia pun COD dekat rumah aku kelmarin. Seminggu nak tunggu COD saja.

SERUM LI EFFECTOR from ITS SKIN.
Aku beli serum ni dekat Hermo. RM32 include GST. Ni pun dah lama aku rancang nak beli dengan kakak aku. Sebelun aku rancang nak beli FURAIHA lagi.

Sabun Putih Honey Glow
Kakak aku ada tanya nak tak sabun hat buang daki tu. Aku tanya berapa RM, dia jawab RM30++ macam tu. Aku pun macam tak payah la sebab dia nak beli jadi boleh share sikit. Lepas tu dia kata 'aku tak nak share, aku nak bawa gi Johor,' terus aku tepuk dahi. Lupa pulak dia nak pi Johor bulan 9 ni sebab nak sambung degree. Aku tanpa fikir panjang, terus kata nak.

Set Warda from Missfara.my
Aku dah lama teringin nak pakai Set Warda. Lepas tu aku jadi jeles tengok mak aku pakai dia beli dekat Muaz Jalan Tar. Aku cakao dekat mak aku, "Ibu adik teringin nak pakai baju warda tu. Tapi tak ada saiz. Kalau ada pun mahal,"
Lepas tu mak aku kata, "Kalau mahal setakat RM100+ tu murah dah tu. Kalau nak jahit, nak beli kain lagi dah berapa, upah jahit lagi dah berapa,"
Tiba-tiba terus aku senyum. Aku pun cuba buka ig MissFara.My ni kut-kut ada jual baju tu. Sekali aku scroll ada daa!
Terus aku tanya ada tak set ni? Dia jawab ada cuma tinggal warna black dengan blueblack. Sebab baju ni dia jual time raya. Aku tak perasan pulak dia ada post baju ni. Duit elaun dah habis, jadi aku korek duit tabung aku belu baju ni. Harga dia RM100 inc post.

Jadi sekarang untuk bulan ogos ni duit belanja tinggal RM30 je. Duit untuk belanja sekolah bulan ni. Tiba-tiba pulak rasa menyesal beli sabun tu.

Kau tak rasa ke untuk pelajar macam aku ni, kuat boros?! Untuk orang lain itu normal, untuk aku tidak sama sekali. *emoji nangis*

So next month aku dah plan aku nak beli kemeja yang jenis kain keras tu. Kemeja patch orang panggil. Lepas tu bulan oktober aku nak beli kasut lifestyle since bulan november nanti aku nak pergi Langkawi trip under cikgu kelas aku. And doktor pun marah pakai kasut tak mengikut piawaian sebab kaki aku ni yang ada cengkung dekat tepi so tak boleh beli kasut sesuka hati. Chill doctor, chill.

So ya, kena ganti balik RM100 dalam tabung and masukkan RM20 untuk bulan September pulak. Total RM120. Jadinya RM80 je la aku spend untuk bulan depan.

Chaw!

Comments

Popular Posts