Cerita Aku: KL Raya Fest 2017 (Mood Republik)

Assalamualaikum! Siapa pergi KL Raya Fest? Kita geng!

So baca tajuk pun dah tau kan aku nak cakap pasal apa? Pasal Mood Republik je la. Aku sempat pergi hari sabtu hari tu. Alhamdulillah dapat grab apa yang aku nak.

Ceritanya bermula di sini...

Lepas je subuh aku tak boleh tidur langsung. Mak aku dah pesan, 'tidur la, kejap lagi pengsan dekat sana,' even malam tu aku dah tidur cukup dari pukul 9 sampai la angah kejut sahur. Tiba-tiba rasa excited ya amat! Macam tak pernah pergi pula.

Jadi pukul 9 pagi aku siap-siap make up pakai Dyxy semua. Aku keluar ke KTM around 10.30 pagi naik uber. Aku jumpa member aku dekat sana. Nama dia Nana. Bila aku dah sampai aku whats app la dia. Tapi dia kata mak dia baru nak siap. Tak apalah sebab aku memang dah biasa dengan kelewatan dia. Aku pun tunggu, tiba-tiba train dah nak sampai. Train sampai around 11.15 and now dah 11 aku call Nana. Dia kata kejap.

Lepastu train pun sampai, aku whats app dia.

"Beb train dah sampai," aku taip dengan lajunya.

"Beb kau tunggu situ kejap lagi ayah aku datang ambil. Nanti aku bayar uber kau," Aku baca dengan keadaan yang blur.

"Ha? Ayah kau nak hantar sampai pwtc ke?"

"Yes! Tiba-tiba dia kata dia nak hantar," Aku kerut dahi. Ayah dia ni dah kenapa?

"Tak apalah, train dah ada. Aku naik train. Kita jumpa dekat sana," Better aku naik train dan terus gerak. Sebab jalan nak masuk ke KTM ni jem. Aku tak nak menyusahkan ayah dia.

"Tak apa. Tunggu je situ. Aku dah bagi tau ayah aku. Nanti dia bising,"

Selepas berkeras dan sebagainya, aku tunggu je la ayah dia. Hanya mampu tengok train itu berlalu dengan hati yang berat. Kejap lagi kalau naik kereta mesti lambat.

10 minit lepas tu ayah dia sampai. Masa depan Batu Caves aku cakap dalam hati, 'kan dah cakap jem,'. Tapi tiba-tiba aku rasa macam dekat pula pwtc tu. Wuish magic! Jalan mana ayah dia ikut?

Masuk je dalam terus aku dengan Nana registered dekat kaunter pendaftaran tu. Pakai form, aku dah cuak dengan Nana tak bawa pen. Sebab tahun lepas aku pergi KL YES Fest pakai tab. Aku tak bawa la pen. Nasib orang tu sediakan pen. Dah registered dia akan cop dekat tangan or mana-mana kau nak. Bila nak naik kena tunjuk cop baru lepas. Kalau tak, kena isi form dulu.

Masuk-masuk je dah nampak booth Naelofar Hijab. Aku terus beli sebab takut malas nak patah balik sebab pintu nak keluar dengan nak masuk lain. Dapat aku grab satu Latifa Ramadhan Collections yang memang dah lama aku cari pattern tu.

Aku dapat beli warna pink-pink sikit (tak ada dalam gambar) matching dengan baju raya. Baju raya warna kelabu tapi ada bunga-bunga warna pink. So yeah, just choose, pick and pay. Then lets go.

Disebabkan aku tunggu Nana lama sangat jadi aku dahulukan barang aku dulu. Carilah booth minyak wangi. Memang aku nak cari booth Dexandra. Terkial-kial cari dengan Nana sebab aku tak mahir untuk tengok susunan nombor booth dekat sana. Macam mana sebenarnya CEO susun ni?

Sekalo bila berjalan aku terlalu satu kedai minyak wangi dan ada suara...

"Dik singgah, 3 RM25 je,"

Aku pun berhenti dan pandang booth tu. Biasalah manusia, dengar murah sikit dah berhenrti. Padahal yang murah tu tiga sudu gula je! Bukan tiga paket!

"Yang mana 3 RM25 tu?" Aku soal dia.

Then dia tunjuk kotak yang dia pegang. Dalam tu ada tiga botol dan semuanya kecik-kecik comel. Lagi kecik dari kari kelingking aku. "Yang ini dik,"

Lepas tu aku terpandang ada satu set kotak tu. Ada botal empat segi dan satu botol kecil. "Yang ini berapa?"

"Yang ini ada special offer. Harga RM75 kita bagi free yang ini," Bila aku dengar RM75 aku dah telan air liur, tapi bila dengan free ha terus celik pandang kotak dekat tangan dia tu. Maksudnya beli one set tu free tiga botol kecil tadi hat 3 RM25 tu. Aku pun pikir kejap. Baloi dak?

Pikir-pikir, tawar menawar, pilih memilih aku beli la satu set. Sebab aku tengok kedai dia macam sepi. Itulah Humaira, cepat betul termakan hasutan dan kesian dekat orang lain. Ceh!

Thank you Eliadore because your perfume is very awesome! Betul cakap you tahan dua hari dekat tangan and yes! Semalam I pakai kalau I cium tangan ni still ada bau lagi wanginya. Thank you so much!

Bila aku dah dapat aku punya aku terus berbalik pada Nana yang nak beli MF Shawl by Mira Filzah. So kami pun mula sesi mencari booth dia. Shawl dia lawa gila! Tapi tu la banyak warna pastel.

I don't know why nama dia 3 Gadis Manis. Kenapa tiga? Kenapa tak dua? Kenapa tak Gadis Manis je? Hahaha sorry for many questions. Hope after you wear this Na, you will be sweet than sugar.

Lepas dah dapat semua kami pun pusing-pusing la hall tu. Naik turun hall 3 & 4. Sekali terjumpa Norman Hakim dan Memey Suhaiza dekat booth Ephyra daa!


So lawa! Comel gila memey ni.

Jalan-jalan lagi terjumpa booth Dyxy Cosmetics ala yang aku jadi dropship tu. Nak singgah sebab nak jumpa Rafzaliza dengan Zero. Tapi tak datang lagi. Yang ada staff diorang. Tak apalah, tak ada rezeki nak selfie dengan Zero and Kak Liza.

Pusing-pusing lagi terjumpa booth Ainin Sofieya dengan Amira Syamimi. Founder Sofieya Beauty and Syamimi Beauty. So cute! Warna pink dari jauh dah nampak. Tapi itulah, nampak booth je, foundernya tak sampai lagi. Nangis lagi!

Pusing-pusing dan akhirnya kitorang turun dekat hall 3. Singgah booth Hairul Hanis kejap sebab Nana nak tengok Hanis Zalikha punya Lip Stick.

Lepas tu aku ada dengar bunyi...

"Mari berkumpul di hadapan pentas utama. Kita ada launch produk dari seorang make up artis..." Suara Ifa Raziah bergendang dekat telinga.

Aku terus ajak Nana turun pergi stage. Nampaklah Ifa Raziah dekat situ. 


The have a few questions dia bagi. Aku angkat tangan then jawapan aku salah. Pergh! Muka tebal bhai. Aku lupa nama CEO Mood Republik ada Wan. Aku ingat Zukarnain je.

Lepas tu kitorang pergilah dekat satu board ni ada tulis KL RAYA Fest 2017 and bergambar dekat situ. Dia pun jemputlah make up artis yang datang tu.

Rupanya Bella! @muabellaz ig dia. Dia naik pentas dengan loklak Kedah dia. Cair I tengok dia lawa sangat. Lupa nak ambil gambar buat insta story. Dia launch produk CPG (Cik Puan Gojes). Dah habis dekat Mood Republik.

Kami pun pergi ke Sunway Putra cuci mata sat. Lepas tu buat kerja jahat. Pergi H&M and ambil baju masuk fitting room hat paling besaq tu. Duduk dalam tu berejam sampai rasa kaki hilang penat. Jahat dak? Jangan tiru please! Nanti kantoi! Ingat nak beli buku dekat Kaison tapi tak ada hat yang aku berkenan tu. Lepas tu pergilah Popular. Dapat juga Nana beli buku Arkitek Jalanan dia.

Then gerak la balik naik KTM. Fuh bukan main jauh KTM. Nana bawa aku jogging time tu.

So kami nak bagi tips dekat hampa yang teringin nak pergi Mood Republik. Tak kisah MR Tour, MR YES Sale, MR Raya sekali pun. Sebab Mood Republik ni kalau tak sesak memang tak sah!

1. Jangan bawa anak kecil
Bukan aku nak suruh hampa menyusahkan orang untuk tinggalkan anak dekat nursery atau mak pak hang. Cuma, kalau rasa-rasa ada anak kecil yang umur kurang dari 6 tahun, tok sah bawa. Sat lagi bila depa dah penat depa menangis, bila depa menangis, mood hang nak beli baju raya pun hancuq habih. Terus hilang!

2. Jangan bawa stroller
Jangan sesekali hang bawa stroller na, aku cepuk sat gi. Mengganggu orang nak beli barang, nak berjalan. Kena kaki orang sat lagi panas hati orang. Sebaiknya kalau dia kecil lagi bawa carrier. Kalau dah besar, dah boleh jalan, ha suruh la depa jalan!

3. Bawa Beg Tote atau Beg Galas
Kalau hampa memang nak beli banyak barang, bawa beg tote atau beg galas. Senang! Sebab apa aku kata senang?
Nanti lepas hang dah beli barang hang masuk dalam beg, lepas tu paper beg lipat dulu baru masukkan dalam beg. So tak adalah hampa nak kena menjinjing paper beg kehulur kehilir dengan barang penuh satu tangan.

4. Bawa Cash Siap-siap
Nak pergi sana berhenti pam minyak dulu, bawa keluar duit siap-siap dekat ATM. Jangan la pergi cucuk dekat ATM pwtc. Beratur panjang baq ang! Aku tengok pun tak lalu aku nak beratur. Jadi pi cucuk duit siap-siap sebelum sampai.

5. Pakai baju yang sesuai
Nak pi sana janganlah pakai dress. Seeloknya pakai seluar. Kalau korang jenis muslimah, pakai jubah yang cutting H. Senang korang nak berjalan. Lepas tu jangan pakai baju yang senang nampak peluh misalnya baju bewarna biru cair. Walaupun dia ada aircond, korang tetap akan berpeluh sebab terlampau ramai manusia di sana.

So itu sahaja yang aku nak share.
See you at KL YES Fest okay Mood Republik!

Xoxo
HR

Comments

Popular Posts