Cerita Aku: Nak Makan McD

Assalamualaikum, salam satu Malaysia!

Korang tengah buat apa? Entah kenapa tiba-tiba aku rasa bercerita hari ni. Korang nak dengar dak? Tak nak? Tak payah dengar, tapi baca ja.

Malam semalam entah kenapa aku tiba-tiba craving nak makan McD Mc Chicken dengan Mc Flurry Milo yang baru keluar tu padahal baru dua minggu lepas aku makan lepas balik dari hari sukan dekat sekolah.

Lepas tu kakak aku kata "Ha jom la esok kita pergi makan dekat Mc Cafe. Lunch dekat sana," aku pun on je la sebab esok tu mak ayah aku ada kursus Haji jadi tak payah la dia masak.

Lepas tu kakak aku tanya pulak "Nak pergi naik apa?" aku jawab jalan kaki. Dia dengan muka terkejutnya jawab "Gila kau jalan kaki? Basah la ketiak!" Aku diam. Bagi aku 500m tak la jauh mana sebab dari rumah nak ke sekolah aku 1.5 km. 500m tu petik jari je la walaupun memang akan berpeluh.

Esoknya kitorang siap-siap nak pergi sana and kakak aku setuju nak jalan kaki. Rasa tak berbaloi nak call uber, naik teksi nak pergi McD sebab tak sampai pun 500m. Kitorang stand by payung sebab nampak macam nak hujan.

Dalam perjalanan tu aku diam ja dengan kakak aku. Penat kut. Bila dah sampai dekat pam minyak Petron dan lagi 100m nak sampai dia dok bebel "Haih nak makan pun susah,"

Dari situ, aku cakap dalam hati. "Kita baru nak berjalan kaki dah cakap susah. Orang lain tu nak makan Mc D pun susah nak dapat sebab tak ada duit," Aku nak cakap dekat dia nacam tu nanti dia ingat aku bajet alim pulak. Tambah-tambah aku ni adik. Susah nak tegur dia.

Nak pergi jalan dekat McD tu umpama satu cabaran tau dak? Dengan berpeluhnya tadi, dengan lagi sikit nak kena langgar dengan motor mabuk. Gila punya orang bawak motor. Bila dah sampai McD tu rasa macam "Haaa sejuknya air-cond!"

So point dia dekat sini. Kalau nakkan sesuatu kena berusaha. Tak adanya sekelip mata benda tu ada depan mata. Macam aku tadi nak makan McD kena berjalan pergi McD. Tak adanya petik jari haaa dah sampai depan McD sana.

Sebelum balik aku ada beli untuk kakak aku sorang lagi dia kirim GCB dengan Mc Flurry Oreo. Aku pun order Mocha Frappe dengan Mc Flurry Milo makan dekat rumah. Waktu nak balik tu dah hujan renyai-renyai aku dengan berat hati buka payung yang hidup segan mati tak mahu. Berdoa salam hati supaya payung tu tak terbalik jadi mangkuk.

Aku ni kadang-kadang duduk saja pun boleh berpeluh apakan berjalan macam tu. Habis muka aku berpeluh. Kakak aku pun toleh "Wuish peluh! Tulah nak sangat jalan tadi," mungkin dia ingat aku berpeluh sebab aku penat tapi dia lupa yang adik dia ni terlebih sihat sampaikan duduk pun akan berpeluh juga. Aku diam ja.

Bila sampai rumah aku terfikir. Perjalan pergi balik ke McD tadi umpama kehidupan kejayaan kita.

Nak pergi McD umpama satu cabaran untuk aku. Dah makan McD kenyang. Bila balik juga satu cabaran nak sampai rumah. Bila dah sampai rumah dah rasa kesenangan bila nampak katil.

Korang dapat sesuatu?

Comments

Popular Posts